Wednesday, December 15, 2010

Selamatkan Bumi Kita#1

Bekerja dalam persekitaran yang berkaitan dengan utiliti bumi  membuatkan saya terpanggil untuk sama memelihara alam sekitar mengikut cara saya.  Sebagai permulaan saya sendiri telah membawa sendiri barang-barang kitar semula (surat khabar lama) di tempat pembelian barang kitar semula.  Sebelum ni tunggu apek lori jerit old news paper je. 

Bolehkah anda bayangkan surat khabar lama tersebut berjumlah 78kg.  Saya & keluarga berada bersama sampah (yang saya panggil) yang beratnya seumpama itu dan tidak termasuk lagi "sampah-sampah" lain yang saya simpan (sayang untuk dibuang). 

Selepas balik dari menjualkan semua sampah saya (surat khabar lama), sebagai ada satu semangat baru untuk saya mengurangkan kesakitan bumi kita.  Saya sediakan 4 bekas untuk botol plastik atau semua jenis plastik, kertas, tin kosong & botol kaca dan menjadikan semuanya 5 jenis barangan kitar semula termasuk surat khabar lama.  Saya bongkarkan sampah-sampah yang lain (barangan yang saya simpan sejak sekian lama) seperti botol-botol syampu daripada hotel yang saya & keluarga menginap (ini baru satu jenis barangan kitar semula yang dibongkarkan). 

Botol-botol tersebut saya buangkan isinya, keringkan dan asingkannya di tong botol plastik.  Saya juga simpankan botol itu (simpan lagi?) sebahagiannya untuk keperluan saya dan keluarga jika kami perlu bepemergian balik kampung.  Jadi saya akan isikan sabun atau syampu dalam bekas kecil tersebut untuk mengelakkan daripada mengangkut barangan yang tidak diperlukan.  Konsep ini sudah ada kalau anda perhatikan di store seperti Watson atau Guardian ada menjual botol-botol kecik ini untuk anda isikan barangan penjagaan anda untuk travelling.  Itu baru satu, masih banyak lagi yang perlu dibongkarkan.



Okla buat waktu ini, kita jumpa lagi untuk sama-sama berkongsi aktiviti  dan info yang lain bagi menyelamatkan bumi kita.

No comments:

Post a Comment